Monday

zombie.... grrr....

semenjak ni, kebanyakan cerita seram yang aku paling tak suka... Zombie...
entah ar, kenapa aku takut sangat dengan zombie tu... adoii... cerita seram lain.. tak ada ar cam nie...
sebab kalau korang nak tau en, macam cerita seram lain pocong, kuntilanak dan hantu sama waktu dengannya...
kita boleh baca ayat-ayat doa en tapi zombie.. macam mana lak nak halau?? huhu....

aku tau zombie tak wujud, ia sekadar mitos en... orang dulu-dulu, cerita pasal mayat hidup tapi dia tak kacau orang...
dia just merayau-rayau, betul tak?? tapi dalam filem lak, sebaliknya... tengok pun ngeri wooo... sampai nak muntah-muntah aku tengok.. lebih-lebih lagi, filem luar negara yang buat... huhu...
sesiapa kata yang tak ngeri tu, korang tengok ar cerita apa-apa zombie... nak tengok, korang muntah @ tak... tue jer...

ok, ni ada 1 link video trailer dari sumber youtube... klik link ni ... sorry kalau gambar tak jelas... cuba bayangkan, kalau korang ada kat tempat tue... perghh!!... bagai nak gila... huhu

yang link ni lak, poster untuk dari sumber youtube tersebut... Picture

Ray Ban ... ^_^

Ray Ban..... sekarang ini, baru ar aku nak "market" diri ku dengan memakai spec jenama Ray Ban..
huhu... alhamdulilah, tiba2 lak aku berminat nak beli spec.. dulu memang anti gila...
tiba2, aura nak beli spec bagai nak "G**A".. huhu...

sekarang ni, aku tengah pening.. tak tau mana 1 nak pilih Ray Ban model apa... huhu....


model ni pun, leh tahan gak bagi aku... huhu... pening2... huhu


bagi aku, yang nie smart...

Friday

My 1st Time Outstation..

Sudah seminggu aku bekerja di PC-Soft...
pengalaman aku tak ada ar banyak mana, setakar hantar tender & surat-menyurat macam biasa ar en... hehe
So, next week aku dah outstation iaitu di Maran, Pahang.

Well, this is my first time kerja out station.
So, harap2 perjalanan aku ke sana & balik KL dengan selamat. Amin~......

Monday

1st Day job....

Hari ni, bermulanya aku kerja sebagai It Technical Support...
so, aku tak tau nak buat apa sebab hari ni 1st day job aku....
jadi, aku harap dapat menimba ilmu di syarikat ni untuk memajukan diri ku ini... ^_^

setakat ni jer aku nak cerita, tak ada apa nak di ceritakan lagi....
bye2....

so, harap2 ar aku boleh kerja dengan selesa di tempat baru ni....

Thursday

Transformers - Dark of the moon

Yang ni 2nd update blog aku ( selang berapa minit ar gitu ) hehe...

hari ni aku nak story pasal transformers & tempat cinema yang aku tengok.. hehe
semalam aku dengan member aku iaitu Pak Abu ( bukan nama sebenar ).. hehe.. berjalan-jalan sekitar bandaraya yang penuh sesak tanpa apa2 perancangan. So, terasa panas bahangnya masa tu & korang pun tau, kalau korang naik motor pastu tunggu traffic light yang lama nak tunggu lampu dia hijau, korang mesti tension en.. betul tak?? hehe.. Bagi sesiapa yang naik kereta, itu lain cerita ar sebab ada Air Cond.. hehehe...

Kita sambung cerita tadi, tunggu punya tunggu. Akhirnya, hijau gak lampu isyarat tu. Fuh!!! memang selamat ar. Masa tu gak, kita orang nampak signboard besar yang ada gambar Transformers. baru aku teringat cerita tu kuar hari ni ( 29 June ).. Fuhh!! lega. kiranya semalam, tak sia2 ar kita orang jalan.. hehehe

tanpa fikir panjang, aku & pak abu pergi cinema MBO kat galaxy ampang & tengok pada pukul 3.30 PM. Cerita tu memang best, terbaik, tergempak bagi aku sebab ada sesetengah Character Autobots & Decepticon keluar semalam. sebelum ni, aku tengok character dia orang dalam bentuk kartun tapi Michael Bay ( pengarah Transformers ) telah di adaptasikan dia orang nampak jadi real. Teruja aku tengok. hehehe


Atas ni, Versi Kartun.













Yang atas ni, Versi Real.

sesiapa yang belum tengok cerita tu, boleh ar tengok trailer ni dulu. hehe. Klik Link ni (dari Youtube).



Dalam cerita ni, skala 1-10. Aku bagi 10/10. memang best. Tengok jangan tak tengok. hehe

Green Lantern

Dah lama aku tak update blog aku. Ye ar, cam mana aku nak update kalau tiap hari aku online facebook jer. hehe.. Ok, hari ni aku nak story pasal Green Lantern. Walaupun dah lama keluar dekat cinema tapi aku nak story gak. hehe

Cerita green lantern ni memang best bagi sesiapa yang minat superhero dari DC. Lebih2 lagi kalau tengok yang 3D atau 3D max (aku tak tau perbezaan dia sebab aku tengok kat Berjaya Times Square). hehe.. kalau korang nak tau cerita dia, korang leh tengok dia punya trailer kat link ni (dari youtube aku amik) hehe.

Dalam skala 1-10. aku bagi 8/10. hehe

Green Lantern - Hal Jordan ( Ryan Reynolds )

Tuesday

Melaka Trip... : )

beberapa hari yang lepas, aku dah family ku merancang makan angin kat melaka...
hoooray!!... walaupun aku dah banyak kali gi melaka tapi kali ni manyak syok!!...
tak panas macam dulu... time tue, angin asyik bertiup jer... huhuhu...

first sekali, aku berjalan2 sekitar kawasan church (building warna merah tue, yang dekat dengan menara jam)...
sambil bergambar dengan family ku... huhu.. then, jalan2 lak sebelah sungai & bergambar dekat kincir air...
selang beberapa minit bergambar, aku dengan family ku ternampak satu jeti kapal...
yang boleh bawak kita melalui sungai 200 meter ke beberapa ratus meter entah, sebab kita orang naik kapal tu dalam 45 minit ulang alik... hehe

aku pun tak sangka, ada 1 minah orang putih ni duduk sebelah aku.. huhu.. (bangga.. heheh)
tapi rasa malu2 gak sebab minah tue, cantik bangat... heheh...
sambil naik boat & layan minah sebelah, aku ada snap2 sikit gambar yang aku amik... tak banyak ar... ni jer aku leh tunjuk..
bagi aku gambar yang paling cantik ar... ^_^

aku suka lukisan kat dinding bangunan tue.. ^_^

monorail melaka... 

Menara jam ni ar yang aku maksud en tadi.. hehe

aku suka gambar ni sebab aku tengok macam ala2 italy.. 

Monday

Nightmare.....

hari ini macam biasa, aku bangun dari tido.. terus solat subuh...
breakfirst macam biasa di pagi hari... online facebook pagi2...
panas en enjin motor untuk menghantar sepupu aku gi keje....

tepat pada pukul 2 Pm... aku kuar nak amik buku kat kedai buku di jalan Malinja 2 macam biasa...
kerana, member telah meminta tolong aku nak amik buku "hardcover"...
sebelum sampai sana, aku lenjan dulu motor di atas highway dari MRR2 sampai malinja 2...
nak try gak top motor aku macam mana, men celah2 di atas highway....
tapi bagi ku "Nightmare" Fuh!!!


apa yang di maksud "Nightmare" bagi ku... sebab time aku bawak laju & celah2 tue...
ada 1 kereta kancil ni tiba2 nak masuk line motor aku tengah Speeding...
pergh!! bapak cuak ar... kalau jatuh time tue.. memang aku dah.... @#!#!@!#!@...
perghh!!!

betul cakap member aku, kalau bawak laju memang best giler!!!!
tapi kalau jatuh atas highway memang "NIGHTMARE" grrrr!!!
waduh!!! dah taubat ar bawak laju2 kat atas highway sambil men celah2 kereta dengan lori... FUhh!!

aku cakap jer dah taubat tapi t'ingin nak buat lagi... huhu....
HEHEHHE!

Thursday

Fuhh!! lega... & menunggu harapan... hehe

hari ni aku dah hantar laporan tesis ku ker lecturer dengan selamat... heheh
dan tak ya pening2 nak fikir ar pasal laporan tu lagi...
so, sekarang ni tinggal nak cari kerja jer... hehehe...

aku dah hantar banyak resume kat company lain termasuk kolej ku juga... hehehe
kalau ar salah satu tu company tu atau kolej call nak suruh interview.. alhamdulilah...
sekarang ni, 1 pun tak ada panggilan lagi... heheh..
maybe, dia orang busy kot sampai tak sempat nak check inbox dia orang.. hehehe

tak apa, janji aku dah send resume aku untuk mencuba,,,, hehe
harap2 ar dia orang check inbox dia orang.. hehe

Dah siap la wei!! hehe

hari ini, buku tesis ku dah siap akhirnya dan amik buku tesis ku kat kedai buku di setapak...
so, esok aku nak hantar laporan tesis ku kepada lecturer ku....
harap2 ar dia sudi tengok aku punya laporan tesis... hehehe

macam mana eh dengan membe2 ku yang lain.. dah siap ker belum laporan tesis dia orang..
maybe, dah kot... aku yang terhegeh2 hantar lambat.. hehehe
berbaloi gak aku tempah kulit tebal tue kat setapak, harga berpatutan.. murah... cepat lagi..
daripada aku tempah kat area kl.. dah ar mahal nak "mampus".. cekik darah... lambat nak siap

 PERGHH~

tak tahan beb, habis duit aku cair cam tue jer... huhu
so, sapa2 yang t'ingin nak buat buku kulit tebal tue...
leh ar tengok peta tersebut... nama kedai, aku dah lupa ar... kedai buku eh, jangan gi kedai runcit.. hehe
sederet dengan cyber cafe orange dekat situ...
siap dalam 3 hari....


View Larger Map

Tuesday

Kerja! Oh, Mesti Kerja

selepas beberapa hari aku menganggur...
hari demi hari, jam demi jam...
aku sanggup tempuh cuaca panas untuk mencari kerja di sekitar kl...

so, aku tunggu ar jawapan daripada company tersebut untuk interview...
harap2 dapat ar kerja tue.. ye ar, kalau tak kerja... pokai...
tak dapat duit nak beli apa yang aku nak beli...

so, aku ada sedikit lirik untuk nyanyi untuk diri ku sendir... grrr~

Gelisah, kugelisah
Mengenangkan masa depan
Kuharus kerja
Oh! Mesti kerja
Tiada apa yang percuma
Realiti tika tiada kerja
Oh! Papa kedanaaa!



(Petikan Lirik drpd Meet Uncle Hussein - La La Kerjalah)


geez~

Saturday

Penat & best....!!!

Hari ni, seharian aku berjalan ke hulur ke hilir dengan kawan2 ku... semata2 nak cari kedai yang pandai buat buku kulit keras... dapat kedai, harga mahal macam kereta mainan dekat kedai mainan pavi ... adoiii...

nasib baik ar, ada membe lain tolong.. kalau tak, tak jumpa ar kedai nak wat buku kulit tebal tue... tp macam mana pun.. mmg best ar hari nie... sebab dapat try "basikal" aku 1 km (kilometer) dengan dia dia orang & aku dapat no 1 dari belakang... ye ar.. aku mana ada berani nak test atas highway.. huhuhu...

walaupun aku dapat no 1 dari belakang, tak apa.. dah lama tak try speed motor aku.. heheh
berbalik kepada citer asal, kita orang dah jumpa kedai tue kat kawasan setapak... fuh!.. nasib baik ar nak buat buku kulit tebal tue murah & siap dalam masa 3 hari... hehhe

tq mon-mon... sbb bagi tau tempat tue kat ner..

tak lupa juga, kepada asif, onn, yen & serong... memang best ar... tadi... huhu

Friday

Dah Tamat!!

Apa yang maksud dah tamat??


maksudnya, tamat sudah pengajian ku di sebuah kolej selama 3 tahun.. ^_^
penat gak study & pecah gak  kepala otak ku utk membuat assgment selama b'bulan2..
lepas tue, wat last2 minit.. adoii.. lagi payah... hehehe


then, konvo lama lagi, hujung tahun 2011 nie.. adoii... nak tggu konvo, bkn men lagi.. heheh
apa2 hal, kawan2 kolej ku tidak tamat sampai di kolej sahaja... di luar pun mesti contact2 yer...


^_^ .......

Wednesday

Dah lama x update!!

Tahun ni dah masuk 2011, blog aq dah lama x update..
kesian lak aku tengok.. x per ar.. tahun nie, buka buku baru...
sumenya baru ar nnt aq citer... hehehe sampai sini dulu, sbb aq x da bahan utk di citer hari nie... hehehe