hari ni aku nak story pasal transformers & tempat cinema yang aku tengok.. hehe
semalam aku dengan member aku iaitu Pak Abu ( bukan nama sebenar ).. hehe.. berjalan-jalan sekitar bandaraya yang penuh sesak tanpa apa2 perancangan. So, terasa panas bahangnya masa tu & korang pun tau, kalau korang naik motor pastu tunggu traffic light yang lama nak tunggu lampu dia hijau, korang mesti tension en.. betul tak?? hehe.. Bagi sesiapa yang naik kereta, itu lain cerita ar sebab ada Air Cond.. hehehe...
Kita sambung cerita tadi, tunggu punya tunggu. Akhirnya, hijau gak lampu isyarat tu. Fuh!!! memang selamat ar. Masa tu gak, kita orang nampak signboard besar yang ada gambar Transformers. baru aku teringat cerita tu kuar hari ni ( 29 June ).. Fuhh!! lega. kiranya semalam, tak sia2 ar kita orang jalan.. hehehe
tanpa fikir panjang, aku & pak abu pergi cinema MBO kat galaxy ampang & tengok pada pukul 3.30 PM. Cerita tu memang best, terbaik, tergempak bagi aku sebab ada sesetengah Character Autobots & Decepticon keluar semalam. sebelum ni, aku tengok character dia orang dalam bentuk kartun tapi Michael Bay ( pengarah Transformers ) telah di adaptasikan dia orang nampak jadi real. Teruja aku tengok. hehehe
Atas ni, Versi Kartun.
Yang atas ni, Versi Real.
sesiapa yang belum tengok cerita tu, boleh ar tengok trailer ni dulu. hehe. Klik Link ni (dari Youtube).
Dalam cerita ni, skala 1-10. Aku bagi 10/10. memang best. Tengok jangan tak tengok. hehe







0 comments:
Post a Comment