Aku pergi ke sana menakiki motor baruku iaitu 135 LC warna biru. Aku bergerak dari rumah aku pada pukul 10.30 am. Setelah 1/2 jam kemudian aku dah sampai di klang tapi masih belum tau lagi tempat kompleks tersebut. Aku dah sesat kawasan klang selama 1/2 jam juga tapi still belum jumpa lagi tempat tersebut. Dah fed-up mencari, aku terus call membe aku kat event tersebut. Dia kata aku dah sesat sampai jauh tu iaitu nak pergi ke Pandamaran tapi nasib baik aku separuh jalan je & nasib baik gak aku bawa duit banyak untuk mengisi minyak tank motor aku..huhu
Dia cakap kat tempat event tu kena lalu lepas carrefour klang & ada sign board nak pergi event tersebut. Setelah sampai carrefour tersebut, baru aku tau sebenarnya Kompleks Sukan tersebut di kawasan kampung. Patut ar aku cari beberapa hari ni aku tak jumpa, rupa2nya betul kat kawasan kampung.
Ok geng, sekarang aku akan tunjuk gambar yang aku tangkap kat sana tapi vespa/klasik tak ada ar sebab dia orang datang pun yang ada pun jenis kapcai & skuter jer. Aku ambik sikit jer gambar dia sebab yang register pun sikit gak. heheh




0 comments:
Post a Comment