Beberapa bulan yang lalu, aku nampak membe aku kat klcc & dia jalan ngan sorang perempuan yang tidak aku kenal tetapi dia dengan perempuan tu amat rapat (teman tapi mesra cam tue). Sambil dia cakap2 dengan perempuan tu, dia pegang tangan. Then, aku follow dia sampai ke taman klcc tue tetapi dia tidak sedar yang aku ikut dia sampai ke taman. Aku pun terfikir2 adakah perempuan tersebut awek baru dia @ scandal @ awek dia dah putus dengan dia. Aku kenal awek dia & aku ada no hp dia sekali. Tanpa berfikir panjang, aku call awek dia & mula2 mesti tanya khabar dulu en kalau tak kantoi ar..hehe aku ni suka simpan rahsia orang & tak pernah bagi tau kat sesiapa kecuali dia wat hal dengan aku..hehehe
Aku tanya ar macam2 si awek membe aku ni tp nie dah selepas tanya khabar je ar..hehe
Aku :- "awek (aku tak leh bg tau sapa nama dia), ko dah break dengan balak ko ker???"
Awek :- "Belum ar, kenapa???"
Aku :- "Oh, ya ker..Ermm,tak da ar just tanya jer"...
lepas aku dah col awek tersebut, aku pergi jumpa membe aku dengan Awek Baru dia. Dia pun tersengeh kat aku & salam dengan aku..hehehe aku tanya dia sapa perempuan tue, dia kata awek kedua aku pas2 aku tanya dia cam ner ngan awek pertama ko. Then, dia jawab "aku dah puas dengan dia semalam". Aku tak mengerti apa maksud dia..hehe (tapi korang pikir ar sendiri k apa yang dia cakap tue)..lepas tue, aku cakap dia "ko nak break dengan dia??" tapi dia kata tak sebab dia suka duit perempun tu.. Lupa nak bagi tau kat korang, awek dia memang cun & loaded tapi aku tak seperti membe aku kerana aku lebih suka cari duit sendiri & kalau orang tue nak support aku, apa lagi sapu ar. Bak pepatah aku "Rezeki jangan di tolak, Maut jangan di cari"..hehe
Apa pendapat korang??? patut ker aku bagi tau kat awek tersebut @ tidak??? sebab aku pun tak luka en hati sesiapa. Jadi aku simpan rahsia.
Sunday
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




0 comments:
Post a Comment